Wednesday, February 14, 2018

UberEATS Food Delivery - Humble Chef, Publika

Aku tak tahu la apa suwey nya kerja dekat bangunan yang cafe ada sebijik je, lauk pulak cepat habis and takde pilihan, padahal bangunan gah yakmat. Dari jauh tu nampak lain dari yang lain. Kafe luar bangunan pun ada sebijik, tapi tender kafe  bertukar-tukar sebab katanya tak dapat untung. Pulakkk...πŸ˜‘

Mall paling dekat dengan office aku adalah Publika. Tapi dah satu hal pulak aku nak book Grab/Uber, ulang alik bagai, ehhhhh sebagai perempuan berbontot besar, koser lah!πŸ’

Nasib baik ada apps UberEATS! UberEATS adalah platform penghantaran makanan. Amboih tu dia bahasa brochure mana aku copy nih? kakaka. Makna kata, kau order menu dari phone kau je la. Tap tap tap, tunggu delivery man hantar makanan. Senang 😎 
Siapa dah try? Apa pendapat korang tentang perkhidmatan ni?

For me, okay je. Senang nak guna. Cuma sekarang, diorang tak accept cash lagi. So lunch hari ni,  settle guna credit card. Bagus, makan pun berhutang HAHAHA kejis. 

Aku survey survey harga, jumpa spaghetti murah gila RM7.42 from Humble Chef, Publika. Ok, tak pernah lagi aku makan spaghetti tara ni murah nya. Apa lagi? Order terus! Kebetulan... Haaaa aku suka kebetulan. Kebetulan Humble Chef ada jual Creme Brulee, and aku pulak dah lama mengidam teruk, so, order dessert sekali. Cheeeehoooo!πŸ’ƒ



Review aku tentang spaghetti and creme brulee ni? Well, creme brulee tu sedap lah, cuma sendu la sikit bila gula kat atas takde, lols. Takpe, aku paham. Tapi creme brulee ni, part gula yang di-caramelized tu yang sedap πŸ˜‹

Spaghetti? Untuk harga RM7, can't complain lah jawabnya, hahaha. Makan je la. Kenyang la jugak walaupun sikit lagi nak mecok (nak rebel lol) πŸ˜‚


Nah resit, kot korang tak percaya, hahaha

Aku order dekat-dekat pukul 1pm. Around 1.30pm, makanan dah pun sampai, sedia untuk disantap. Dia hantar sampai depan pintu office ok. Nasib baik tak masuk sampai meja aku kekeke.

Delivery charge? RM5. Tapi disebabkan aku cheapskate yang suka Google voucher code (lols), aku dapat free delivery πŸ˜‰

UberEATS ni senang la untuk warga malas bergerak macam aku. Yela, pesen nak besarkan bontot duduk je kat meja, hahaha. Tapi, buat masa sekarang, hanya available di Lembah Klang sahaja.

Siapa nak cuba? Download apps UberEATS (klik). Nah kod promosi untuk dapatkan diskaun RM5! eats-cikw2ue

EnjoyyyyyyπŸ’ƒ

Saturday, February 03, 2018

Salon Du Chocolat, Quill City Mall + Fave Review

R pernah cakap, dia nak ajak aku makan satu tempat yang akan buatkan aku mokhsha hingga ke langit ke-7. Ehh over dia ni taw! R mati-mati tak nak bagitahu dekat mana nak bawak aku makan nanti, konon nak surprise gitu. Hek eleh, apa daaa. Sooner or later aku akan tahu jugak sebab kitorang ni takde kereta. Ke hulu ke hilir naik public transport. Entah-entah aku yg booking Grab/Uber nanti. Tolong la πŸ’
.
.
.
.
.
.

Dah masuk 2018, R still tak bawak aku pergi makan tempat special itu, kahkahkah. Setelah digoda (baca: didesak) Rupa-rupanya dia nak ajak aku makan dekat Dip N Dip. Lerr, ingatkan mana la... Okay tak apa. Yang penting, niat 😜

Hari tu R cuti. Dari asal-asal nak relaks je, kitorang plan keluar makan. Nak harap aku masak, kang kari ayam jadi sambal ayam. And R memang tak percaya sangat dengan masakan aku hahaha kurang ajar πŸ˜‚

So tak apa. Aku ajak dia pergi makan dekat Quill City Mall (QCM). Dia okay je. Ikut je. Tak banyak songeh langsung. Alang-alang nak pergi makan sana, aku Google dulu cafe/restoran dalam QCM tu. Terus ternampak Salon Du Chocolat. Ehhhh macam menarik πŸ˜‹

Google lagi, aku nampak voucher Fave. Beli voucher RM28, dapat cash voucher RM40. Kira diskaun RM12. Aci la kot. Terus aku roger R. Walaupun dia kurang makan manis, dengar je dapat diskaun, eh terus laju dia angguk kepala. Dah, settle masalah. 

Aku pernah cerita, QCM ni macam hidup tak hidup je. Sama la dengan Salon Du Chocolat ni. Tersorok. Takde orang pun. Termenung je dua orang pelayan tu, terkebil-kebil tengok dinding. 

Takpe lah, at least cepat sikit aku dapat makan, kakaka.

Kitorang order tiga menu: Chocolate Waffle Half Moon, Crunchy, Pizza Waffle.

Crunchy: Lapisan aiskrim, rice crispies, and coklat

Pizza Waffle: 1/4 Waffle taruk cream cheese and buah (sebab R suka buah!)

Chocolate Waffle Half Moon: Half waffle dengan coklat

Okay, overall untuk orang yg suka coklat, aku memang jatuh cinta lah. Tapi, dia punya muak tu macam tak nak dah makan coklat untuk setahun kahkah. First time aku makan tak habis, ok. Rasa macam, aduh, what's wrong with me?! KahkahkahπŸ˜…



Total dalam RM67. Tolak voucher RM40 so kena bayar lagi RM27. Nampak je macam, ehhhh RM27 je? Padahal, awal-awal lagi dah bayar RM28 dekat Fave tu. So, tolak tambah darab bahagi, kitorang just save RM12 je, hahahah πŸ’

Ok lah, pengalaman yang sangat manis. Ni pun first time aku guna Fave. Nak tahu jugak macam mana procedure dia. Tu je. Senang je sebenarnya. Bila dah purchase, pergi dekat tempat yg kau nak redeem, cakap kat staff. Dah. Settle ✌

Next time aku nak try beli voucher untuk slimming centre pulak HAHAHAHAH