Thursday, December 29, 2016

Pengalaman: Klinik Gigi Avicenna, Danau Kota


Lelaki ni nampak je kuat, tapi nak pergi klinik gigi pun kena tunggu aku pergi sama. Time aku kena undergo minor operation kat HKL, R tak datang teman pun. Siap drama bagai time mintak tolong temankan balik rumah. Now, dia sakit gigi, gelabah tunggu aku balik kerja nak pergi klinik gigi. 

Mengada-ngada 😪

Tapi, demi kesayangan hati, aku gigihkan jugak lah pergi teman dia. Nak buat macam mana, pergi sendiri tak tahu mana hala. 

Pagi tu, dia dah pergi klinik gigi kerajaan yang kat Setapak. Katanya nurse kat sana rude, tak cakap elok-elok dengan dia. Main tengking-tengking pulak suruh pergi klinik lain. Dia tersentap jugak la. Mentang-mentang dia foreigner dari dunia kelas ketiga, dihina macam tu pulak. 

Entoh ler 💁

Dah fed-up, dia pun naik bas pergi klinik apa tah kat Kompleks Wilayah. Sampai sana, klinik tutup sampai tahun depan, wakaka. Cuti Krismas sekali dengan Tahun Baru 😆

Dah jadi macam tu, dia roger aku. Aku la pulak ha kena Google klinik mana nak pergi. Padahal tepi rumah ada je klinik swasta, tapi dah nama nya swasta, sebatang mau RM80! 

So, aku suruh dia pergi UTC Sentul. UTC Sentul ni aku sendiri pun tak pernah pergi, apatah lagi mamat foreigner yang hidup kat Malaysia untuk kerja semata. Gigih ler cari kat mana UTC ni ha. Sampai sana, daftar je dah RM40. Doktor check sikit, dia cakap, "Okay, boleh fill up (semen gigi tu ha). Tapi kat sini tak boleh buat. Kena buat kat klinik lain." 

Pasrah lah mangkuk hayun ni balik rumah siap whatsapp aku mengadu. Give up katanya. Dah penat. 

Puii, baru jejak tiga klinik dah penat. Aku cakap kat dia, "Jangan mengada-ngada, hari ni jugak kita settlekan. Kang lain kali duk sakit sakit." 💢

So, balik kerja hari tu, berjalan la kitorang pergi Klinik Gigi Avicenna. Sebenarnya, aku nak try scaling gigi kat sini. Dah orang pakat recommend tempat ni, katanya doktor gigi baik and lemah lembut. Tapi, dah keadaan tak mengizinkan, takpelah. Hold dulu niat tu. Yela, cabut gigi bukan murah. Sama mahal dengan harga scaling. 

Cantik klinik dia. Warna purple, favorite aku tu. 

Bila doktor panggil R masuk bilik, dan dan la panggil aku suruh masuk sekali. Eii tolong lah. Kau ingat aku mak kau? Dah, masuk sendiri. Umur dah 27, giler!

Doktor check and cakap, "Kita cabut, okay? Gigi pun dah rosak, takut lama-lama makin teruk." Tepuk dahi aku dengar doktor cakap macam tu. Dah kalau kena cabut, apa ke gigih datang sini? Baik cabut kat UTC tadi!

Mai part nak cabut, dah bius siap-siap, tak boleh nak cabut pulak. Sakit katanya. Bius lagi. Sakit lagi. Bius lagi. Sakit lagi. 

Ok dah dah, cabut minggu depan lah, "Ni infection ni." 

So, untuk hari tu, check and antibiotik, kena caj RM20. Painkillers, beli sendiri, RM15.

Kalau kita orang Malaysia? Pergi je klinik kerajaan, bayar RM1, tunggu la sekejap, dah settle, dapat ubat, balik rumah. 

Tapi, kita je kufur nikmat. Tahu nak complain je 😶

So, minggu depan kena pergi lagi sekali. R dah buat muka sayu mintak aku teman. Haish. Kalau dia still tak nampak aku sayang dia, memang aku pelangkung cukup-cukup. 

Update: Kali kedua pergi untuk cabut gigi, kena caj RM100. Harga scaling RM80-- berdasarkan apa aku tanya kat doktor tu. 

Kenapa Avicenna? Sebab banyak kali diiklankan kat page universiti aku. So, aku try PM. Ni jawapan dari salah seorang doktor di situ;

Ini Dr Irwandi dari Klinik Pergigian Avicenna. Di Klinik kami braces dibuat oleh doktor pakar (orthodontist), bukan oleh dentist biasa. Namun begitu, harga tetap reasonable dan competitive dengan klinik2 lain. Harga braces normal RM5800. Bayaran di awal masa pasang braces hanya RM800-1000, baki boleh di bayar installment selama 2 tahun, lebih kurang RM200 sebulan, sampai braces dilepas nanti. Skim easy payment pun tersedia. Ape pun, kena datang lah dulu biar orthodontist kami tengok kes macamana. Consultation and check up untuk braces free sahaja...
So, sesiapa yang perlukan braces or any check up (and malas nak tercangak kat klinik kerajaan), boleh la ke sini, No 17-1 Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. 

Peace out! ✌