Thursday, December 29, 2016

Pengalaman: Klinik Gigi Avicenna, Danau Kota


Lelaki ni nampak je kuat, tapi nak pergi klinik gigi pun kena tunggu aku pergi sama. Time aku kena undergo minor operation kat HKL, R tak datang teman pun. Siap drama bagai time mintak tolong temankan balik rumah. Now, dia sakit gigi, gelabah tunggu aku balik kerja nak pergi klinik gigi. 

Mengada-ngada 😪

Tapi, demi kesayangan hati, aku gigihkan jugak lah pergi teman dia. Nak buat macam mana, pergi sendiri tak tahu mana hala. 

Pagi tu, dia dah pergi klinik gigi kerajaan yang kat Setapak. Katanya nurse kat sana rude, tak cakap elok-elok dengan dia. Main tengking-tengking pulak suruh pergi klinik lain. Dia tersentap jugak la. Mentang-mentang dia foreigner dari dunia kelas ketiga, dihina macam tu pulak. 

Entoh ler 💁

Dah fed-up, dia pun naik bas pergi klinik apa tah kat Kompleks Wilayah. Sampai sana, klinik tutup sampai tahun depan, wakaka. Cuti Krismas sekali dengan Tahun Baru 😆

Dah jadi macam tu, dia roger aku. Aku la pulak ha kena Google klinik mana nak pergi. Padahal tepi rumah ada je klinik swasta, tapi dah nama nya swasta, sebatang mau RM80! 

So, aku suruh dia pergi UTC Sentul. UTC Sentul ni aku sendiri pun tak pernah pergi, apatah lagi mamat foreigner yang hidup kat Malaysia untuk kerja semata. Gigih ler cari kat mana UTC ni ha. Sampai sana, daftar je dah RM40. Doktor check sikit, dia cakap, "Okay, boleh fill up (semen gigi tu ha). Tapi kat sini tak boleh buat. Kena buat kat klinik lain." 

Pasrah lah mangkuk hayun ni balik rumah siap whatsapp aku mengadu. Give up katanya. Dah penat. 

Puii, baru jejak tiga klinik dah penat. Aku cakap kat dia, "Jangan mengada-ngada, hari ni jugak kita settlekan. Kang lain kali duk sakit sakit." 💢

So, balik kerja hari tu, berjalan la kitorang pergi Klinik Gigi Avicenna. Sebenarnya, aku nak try scaling gigi kat sini. Dah orang pakat recommend tempat ni, katanya doktor gigi baik and lemah lembut. Tapi, dah keadaan tak mengizinkan, takpelah. Hold dulu niat tu. Yela, cabut gigi bukan murah. Sama mahal dengan harga scaling. 

Cantik klinik dia. Warna purple, favorite aku tu. 

Bila doktor panggil R masuk bilik, dan dan la panggil aku suruh masuk sekali. Eii tolong lah. Kau ingat aku mak kau? Dah, masuk sendiri. Umur dah 27, giler!

Doktor check and cakap, "Kita cabut, okay? Gigi pun dah rosak, takut lama-lama makin teruk." Tepuk dahi aku dengar doktor cakap macam tu. Dah kalau kena cabut, apa ke gigih datang sini? Baik cabut kat UTC tadi!

Mai part nak cabut, dah bius siap-siap, tak boleh nak cabut pulak. Sakit katanya. Bius lagi. Sakit lagi. Bius lagi. Sakit lagi. 

Ok dah dah, cabut minggu depan lah, "Ni infection ni." 

So, untuk hari tu, check and antibiotik, kena caj RM20. Painkillers, beli sendiri, RM15.

Kalau kita orang Malaysia? Pergi je klinik kerajaan, bayar RM1, tunggu la sekejap, dah settle, dapat ubat, balik rumah. 

Tapi, kita je kufur nikmat. Tahu nak complain je 😶

So, minggu depan kena pergi lagi sekali. R dah buat muka sayu mintak aku teman. Haish. Kalau dia still tak nampak aku sayang dia, memang aku pelangkung cukup-cukup. 

Update: Kali kedua pergi untuk cabut gigi, kena caj RM100. Harga scaling RM80-- berdasarkan apa aku tanya kat doktor tu. 

Kenapa Avicenna? Sebab banyak kali diiklankan kat page universiti aku. So, aku try PM. Ni jawapan dari salah seorang doktor di situ;

Ini Dr Irwandi dari Klinik Pergigian Avicenna. Di Klinik kami braces dibuat oleh doktor pakar (orthodontist), bukan oleh dentist biasa. Namun begitu, harga tetap reasonable dan competitive dengan klinik2 lain. Harga braces normal RM5800. Bayaran di awal masa pasang braces hanya RM800-1000, baki boleh di bayar installment selama 2 tahun, lebih kurang RM200 sebulan, sampai braces dilepas nanti. Skim easy payment pun tersedia. Ape pun, kena datang lah dulu biar orthodontist kami tengok kes macamana. Consultation and check up untuk braces free sahaja...
So, sesiapa yang perlukan braces or any check up (and malas nak tercangak kat klinik kerajaan), boleh la ke sini, No 17-1 Platinum Walk, Danau Kota, Setapak. 

Peace out! ✌

Friday, November 25, 2016

Chicken Parmigiana & Mozzarella Baked Fish @ Secret Recipe

Pipi aku still kebas dan bengkak. Time ni dan dan la nak pakai purdah. Cis, niat pun dah menyimpang. Dasar!

Semalam, R cuti. Dah lama tak keluar sama-sama. So, R cakap, kalau larat boleh keluar pergi mana-mana. Aku okay je, cuma pagi aku ada appointment dengan doktor dekat HKL. 

Settle appointment, R ajak aku pergi Kotaraya. Nak cari kasut katanya. 

"Kotaraya tu dekat Sogo, kan?"

Tenung. "Sogo tu dekat Jalan TAR, sayang."

"So kotaraya dekat mana?"

R dah tepuk dahi. Aku adalah Malaysian yang fail geografi KL. Kahkah. 

Dah beli kasut, beli barang-barang sikit, R tanya nak pergi mana lagi. Aku ajak dia pergi Setapak Central. Cari makan sana, shopping sikit ke. 

On the way nak ke sana, hujan turun lebat melampau. Untuk orang yang takde lesen macam kitorang ni, pergi mana-mana pun naik bas rapidKL, situasi tersebut sangatlah sucks. Bas 250 akan berhenti di LRT Wangsa Maju, so R cakap, pergi AEON Alpha Angle jelah. Okay la kot, tak kena hujan sangat. 

Tet! Still basah kena hujan kahkah. Hujan lebat sangat, tempias pun dah sama basah macam jalan bawah hujan. Gigih betul. Nak makan je pun. Bukannya tak boleh makan dekat mamak bawah flat. Ni la perut seketul aku.

Kali ni, kitorang makan dekat Secret Recipe. Asal-asal nak makan nasik ayam, tapi aku, lepas seminggu lebih makan bubur ayam segera je, rasa macam nak makan western, hehe. Padahal doktor dah cakap, jangan makan solid food lagi sekarang, tapi aku ni jenis ikut cakap perut. 

So, aku pilih Chicken Parmigiana.

R pulak, hari ni secara tiba-tiba dia rasa nak makan ikan. Selalunya duk cakap benci ikan, hanyir lah apa la. Tapi hari ni, dia cakap nak try Mozzarella Baked Fish. Okay lah, kita layan je. Asalkan kau makan sampai habis.

tu diaaaaa cheese leleh baq hang!

Semua pun tahu Secret Recipe rasa dia macam mana. Sedap baq hang. Tapi tang harga, agak mahal lah. Cafe dia kat branch ni pun ramai orang, so agak bising untuk aku yang suka makan senyap-senyap.  

Senyum lebar R makan ikan kat sini. Sedap katanya. Cuma dia cakap cheese tu banyak sangat. Pulak dah. Cheese la sedap. Apa da. Aku? No complain. Sedap. Lazat. Nyum! 


Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman surgery - cyst di pipi & wisdom teeth removal

Sebelum ni, aku dah cerita yang cyst di pipi tu doktor dah sedut keluar. But since selaput dia masih ada, cyst tu naik balik.

So, aku pergi lagi jumpa doktor. Aku mengadu sakit, tak tahan. Malam-malam nak tidur, cyst berdenyut celaka macam orang tengah berzina pun ada. Aku mintak nak operate cepat-cepat, dah tak tahan, dong!

Doktor cakap dia akan cabut gigi yang infected tu melalui surgery. "Kita bagi you selesa sikit, so you tidur je sepanjang pembedahan." General anaesthesia kata orang putih. Aku request sekali nak cabut wisdom teeth yang 4 batang kiri kanan atas bawah. Total, 5 batang gigi woih. Dah alang-alang nak sakit kan. Puas aku Google cerita pengalaman cabut wisdom teeth ni. Semua cakap lepas bius hilang rasa sakit ngilu. Fuhhhh. Tak tahu la aku macam mana nanti. 

Sebelum operate, kena pergi jumpa pakar bius dulu. Mula-mula, doktor cadang nak buat surgery balik hari -- lepas operate, balik rumah. Gituh. Tapi, bila jumpa pakar bius, timbang berat, check darah bagai, aku tak layak untuk surgery balik hari tu. Sebab apa? BMI aku. Aku ni terlebih berat. Pakar bius cakap, kalau orang overweight, kena stay hospital. Takut jadi apa-apa. Pengsan ke, susah nanti.


Sehari sebelum pembedahan

So, macam biasa, daftar dulu, jumpa doktor. Kali ni, doktor snap pic area yg bengkak tu. Tak tahu la nak buat apa. Takpelah. Mana la tahu bermanfaat untuk tunjuk kat bakal-bakal doktor nanti. 

Pergi daftar wad pulak. Dapat wad kelas pertama satu bilik dua orang. Tepi katil aku, makcik tua nak operate mata. Baik makcik ni. Sepanjang masa, cucu duk teman. Kang waktu melawat, datang ahli keluarga pulak. Aku? Sekor-sekor keras kejung kat wad. Family jauh. R kerja tak boleh cuti. Nasib lah. 

Dia tegur tanya takda siapa datang teman? Aku geleng jelah. 

"Beraninya duk sorang-sorang."

"Bukan berani, TERPAKSA berani."

Sedih jugak sebab aku expect R datang lawat, tapi non-hado.

Sehari sebelum surgery dah kena admit wad dah. Yela, nak kena rest betul-betul, nak monitor  Pakar bius datang, tanya khabar, check apa yang patut. 

"You tahu kesan lepas surgery?"

"Apparently, nanti tekak I rasa perit sebab tiub pernafasan dimasukkan. Maybe rasa loya, or sakit kepala or something."

"Yup. So far so good. See you tomorrow at operation theatre."

Berdebor!

Hari pertama berlalu macam tu je. Tukar baju siap-siap. Doktor datang buat "rounds", bersama segerombolan doktor muda. Check sikit, cakap sikit. Nurse datang check tekanan darah. Bla bla bla. 

Pagi esok nak operate, so malam ni kena start puasa, tak boleh minum pun takut muntah.


Hari pembedahan.

Sebelum pembedahan.

Jeng jeng jeng!

Pukul 7 pagi, makcik tepi aku dah diusung pergi bilik pembedahan. Aku tunggu je. Pukul 10 pagi macam tu turn aku pulak. 

Sebelum operate, doktor bedah datang dengan surat consent, sign sign, tanya sikit, tolak masuk bilik lagi sekali. Baju dah tertanggal, sejuk ketor la jugak. Nasib baik selimut tebal. Wayar-wayar yang menghubungi alat-alat pengawasan berkomputer dipasang. Aku pun tak tahu apa yang dipakaikan. Yang aku tahu yang monitor blood pressure tu. Pastu, doktor pakaikan topeng oksigen or something. Tiba-tiba je dah tak sedar apa-apa. 

Selepas pembedahan.

Masa doktor (ke nurse?) kejutkan aku, dah pukul 2pm dah time tu. Tekak dah perit bukan main. Aku mintak air, depa tak bagi, takut muntah. Mintak air lagi, tak bagi jugak. Aduhai, give up. Kapas dalam mulut rasa basah. Darah banyak la kot. 

Doktor cakap ada 3 cyst di pipi. Dua diorang memang dah dapat detect awal. Lagi 1, nampak time operate. Diorang operate dari dalam mulut, so takde scar pun kat pipi. 

Tolak masuk bilik balik, pakai baju balik. Makcik tepi katil cepat-cepat datang kat aku. Merengek kejap aku, hihi, nak bermanja konon. Dia discharge petang tu. Byebye makcik dari Pahang!

Aku cakap kat nurse, nak air sikit. Nurse ragu-ragu nak bagi, tapi dah tengok muka seposen tu, dia bagi jugak, hahah. Kapas berbakul dia bagi sebab takut bleeding teruk. 

Lepas surgery tu memang duk ulang alik pergi sink je. Tak selesa, dik non. Gauze bertepek kat pipi lagi, tebal bukan main. Katanya nak kurangkan bengkak. 

Makanan yang dihidangkan pun tak mampu nak makan. Kemain pilih spaghetti bagai, kahkah. Last-last tukar bubur je. Tu pun takde selera nak makan, tapi kena makan jugak taut takde energy. Nurse ni tak tengok ke body aku? Aku rasa cukup untuk 2 tahun kot energy dalam body aku ni. 

Hari first jelah bleeding teruk. Second day dah rileks dah. Tapi, muka start bengkak. Kira hari ketiga di HKL, aku pun discharge. R (after some drama) mai HKL nak teman aku balik rumah. Dapat le MC seminggu. Nanti kena datang lagi sebab doktor nak pantau. 

Rasa cacat kejap gigi tak penuh dalam mulut. Tapi overall, aku puas hati dengan pihak HKL. Semuanya professional dan friendly. Nurse datang tegur ramah, check bp, check temperature. Ada sorang male nurse (murse?) siap tanya, "Nak saya potongkan ubat ni?" sebab ubat tu quite panjang. 

Serious aku cakap, HKL memang terbaik. Aku suka datang sini. Kalau boleh nak stay lama-lama sebab memang selesa gila!

Saturday, November 05, 2016

Pengalaman di Klinik Bedah Mulut, SACC, HKL

Okay dokay, let's see apa problem aku. Harap-harap doktor kat sini tahu apa problem nye ni. 

Kali ni, aku ajak Reyhan breakfast nasik kukus dekat HKL. Favorite katanya. Tapi, time tu jugakkkk lah nasik kukus tak terkukus lagi.

So aku ajak masuk kompleks pakar tu, makan kat kafe jelah kan. 

Reyhan tengok kompleks tu, dia menangis dik. Sebab apa? "Cantiknya hospital ni. Bersihnya. Terjaga. Dekat Pakistan, you don't see government hospital like this. Kotor, teruk. You are lucky you were born here."

Aku dah cakap dah, kita rakyat Malaysia sangat la bertuah. Cuma sebab kita dah terbiasa dengan kesenangan macam ni, kita jadi bongkak.

Insaflah, nok!

Habis breakfast, aku pergi Klinik Bedah Mulut. Reyhan gerak pergi kerja. 

Macam biasa, daftar sekejap, tunggu nombor dipanggil. Dekat sini, korang akan dapat doktor sama dari awal hingga akhir. Aku dapat dengan doktor India. Very nice lady. History taking, macam biasa. Dia tanya macam-macam and aku jawab tenang. Dia pegang sekejap and check gigi. "Okay, ambik x-ray dekat bawah."

So, turun bawah, ambik x-ray. Mesin x-ray pun canggih kemain lagi. Masa aku kat kampung, nak ambik x-ray bahagian pipi kena tidur bagai. Kat HKL, berdiri je. Tak payah baring dah. Sekejap je dah settle.

Naik atas balik jumpa doktor. Aku tengok x-ray tu. Haaaaaa baru nampak ketulan kat pipi tu. Ada dua. Satu besar, satu kecik. Adoih, beranak pulak dia. Hasil berzina ke apa? 

Doktor cakap, ketulan tu cyst. 

Tu dia, orang lain cyst kat ovari. Aku cyst kat pipi. 

Katanya infection dari rawatan gigi yang dulu.

Ah, betul lah kot. 5, 6 tahun lepas aku accident. Gigi depan patah. So, doktor tampal gigi palsu. Kesan dari tu, ada infection yang menyebabkan cyst. 

Doktor sedut keluar cyst tu. Fuh, dia punya lega tu, tak boleh nak bayang. Selama ni ketulan tu duk tekan gigi aku, and hari ni, poof, gone with the wind!

Cyst ni kata cikgu aku, dalam bahasa yang mudahnye, darah kotor yang berkumpul. 

"Okay, kita dah keluarkan cyst tu sikit, but thing is, kita kena keluarkan selaput dia. Sebab, kalau tak keluarkan, cyst tu naik balik."

I see.

"So, that means, kena operate lah. Buang gigi yang infected tu sekali dengan selaput tu. Nanti kami akan call untuk tarikh operation."

Operate?! Alamak, sakit tak???

Friday, November 04, 2016

Ketulan di pipi & pengalaman di klinik pembedahan plastik, HKL

Hampir setahun jugak lah ada ketulan di pipi tak surut-surut. Tak tahu problem apa. Bila dah habis study, balik kampung, rasa sakit tu makin berdenyut-denyut.

Since bengkak tu buatkan gigi aku sakit, aku fikir problem kat gigi la. So, berulang-alik ler aku pergi klinik gigi.

Tapi still tak surut. 

Aku pergi klinik, MA kerling sekejap pastu bagi ubat selsema, antibiotik, dan panadol.

Urm....

Surut tapi still rasa bengkak. Bengkak yang buatkan pipi aku keras. Macam tulang pun ada. 

Pergi lagi klinik. Ada rezeki jumpa seorang doktor yang betul-betul check aku. Dia tekan pipi aku, tekan dahi. Dia suruh ambik x-ray.

Tak nampak apa-apa. 

Aiyoooo. 

Nak give up, tapi sakit. 

Doktor ni refer aku ke pakar, tapi sebab tarikh appointment aku lambat lagi, aku pergi KL untuk interview. Lepas tu aku terlepas appointment kuikui tak guna betul. 

Bila aku start kerja kat KL, aku pergi klinik panel company aku. Doktor perempuan Punjabi. Aku suka cara dia. Dia jenis ramah. "Yes girl, what's the problem?" Sembang sat, dia cakap mungkin ada kaitan dengan resdung. Since when pulak aku ada resdung?

This time, doktor suruh aku pergi HKL. Siap bagi refer letter lagi.

Aku takde masa. Weekday kerja sampai malam. Weekend nak rehat je. Aku tak pergi ler, LOL. Sakit tu makin kuat terasa. Kadang-kadang berdenyut-denyut. Aku pergi lagi sekali klinik panel tu. 

"Girl, I've told you to go to HKL. Why you didn't listen?"

Ha, ambik kau. Kan dah kena marah. 

Tapi aku ni jenis keras kepala, so aku tak pergi jugak kahkah. 

Sampai la Ogos hari tu. 

Balik interview dekat agensi kerajaan tu, aku pergi klinik panel yang lain. Doktor tu tekan pipi aku then dia cakap, "Okay, I bagi ubat dulu. Kalau tak surut jugak, you datang lagi sekali and I will write a letter to HKL. Scan dekat sana."

"Mahal tak doktor?" Ni memang concern aku dari dulu, sebab aku bukan orang berduit. 

"Kalau di HKL, Najib la bayar." Sengih. 

Ha'ah ek! 

Untungnya jadi rakyat Malaysia. Kemudahan perubatan agak murah. 

Aku pergi HKL. Mula-mula pergi klinik outpatient tu. First time pergi, doktor bagi lagi antibiotik. Second time pergi, doktor suruh ambik darah. Darah putih aku tinggi, katanya. So dia bagi lagi antibiotik. 

Tak surut jugak!

Third time, aku mengadu kat doktor. "This is my third time datang sini, doc. Tak tahan dah."

Doktor tu angguk then refer aku ke pakar bahagian pembedahan plastik. 

"Aiyo, kena operate ke? Mahal tak doktor?"

"HKL free je."

Lagi sekali rasa nak sujud syukur. Betapa untungnya jadi rakyat Malaysia. Tu pun ada yang merungut kena tunggu lama la, doktor tak pandai la. 

Bodoh! Tak reti bersyukur! Kufur nikmat! 

Okay, dah dah. Jangan bengang-bengang. Soooo, jom pergi jumpa pakar!



Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, HKL

(Correct me if I am wrong. Rasanya dah betul dah nama klinik ni)


Gigih aku menapak ke sini sebab after 3 times menapak kat klinik rawatan luar, doktor  refer aku ke sini pulak. Since aku fikir department ni tak ramai orang, aku melenggang kangkung siap pergi makan nasik kukus lagi. 

Masuk je dalam kompleks ni, walawei, lawa nye bangunan ni! 

Aku pergi tingkat enam. 

Ha kau, orang beratur sampai ke luar. Apa ni ramai-ramai nak buat plastic surgery ni?

Bila dah masuk dalam, daftar semua, aku perhati ramai yang datang adalah dari kalangan orang baru lepas accident dan bayi yang bibir dia sumbing. 

Kalau aku tak datang, aku tak tahu. Banyak department dalam kompleks pakar ni. Orang berpusu-pusu masuk keluar. 

Aku tunggu sekejap then nombor aku naik. 

Dalam bilik, ada empat meja. Crowded baq hang. First time aku tengok bilik macam ni. Selalunya satu bilik satu doktor je. Dalam tu ada la 5,6 orang doktor. 

So macam biasa, history taking. Semua soalan doktor aku jawab je without rasa annoyed. They need to know everything so they can help me out. 

Aku pun cakap masalah aku. Kali ni, aku dah bawak x-ray nak tunjuk kat doktor. Doktor ni tengok kejap then dia panggil doktor sorang lagi. Boss dia la kot. Hensem. hikhikhik.

"Boleh bukak tudung you, kita tengok bengkak dari mana."

Sure, no problem. Aku bukak tudung tak cakap banyak. Certain golongan taknak la bukak tudung depan doktor, aurat la, malu la. Macam-macam hal. Depan doktor malu, hantar naked pic kat boyfriend tak malu pulak! Poyo!

"Okay, I am sorry but I have to put my finger inside your mouth." No problemo. Doktor sebelah pun dah start intai aku. Tengok aku dengan muka concern. Interesting case kot. 

Taik lah kau nak berangan doktor tak pernah jumpa kes bengkak di pipi. 

Doktor kacak tu check dengan gentle okay, and constantly apologizing. Pergh, siapa la sebar fitnah doktor ni rude and tak buat kerja?

Doktor cakap problem aku ni ada kaitan dengan gigi. Aku cakap aku dah pernah jumpa doktor gigi tapi doktor cakap semua okay. 

"Maybe peralatan dekat sana tak sebagus di HKL. Tak apa, you pergi dulu and tengok apa doktor cakap. If bukan problem dengan gigi, then datang sini balik."

Macam biasa, bersambung!

Thursday, August 25, 2016

Choice for study: Science or Arts stream?

I attended an interview at this agency under some ministry. They got an opening for a position that is suitable for me (according to my study field). 

But, do I actually want to work as that position?

Not really. 

Since RM2k is not enough, and this agency will pay me another RM1k, hm, why not.

All the other candidates bringing some thick file containing their certs and what not. They wear this formal attire of suit and pants. 

Me?

My file only got this cert of completing my high school. And transcript from university. I don't have any certs to sell me up. I wear baju kurung and look like someone just invite me to a wedding. 

Shit, man. 

The interview session begin!

Me, a degree holder; a guy, PhD holder; and a matured lady, senior exec in pharmaceutical company. 

Yay! Inferiority, we meet again!

In Malaysia, people think that art stream students are nothing. Malaysians look up to people studying Science and Maths, engineering or medic, or stuff like that. So, when I had to compete with these two awesome candidate, my eyes started to water. 

In front of four panels, I look out of the window, seeing myself working with that 2k salary foreverrrrrr.

Suddenly, the manager called me up. We met a month ago for screening session. "I want you to speak up. I choose you. You are suitable for this post!"

At that moment, I cried. "What the hell am I doing here? Look at them! They are much more better than me!"

"It's okay, just be confident."

Yeah, wow, my inferiority is cured!

Well, fuck it! I ain't gonna meet these people anymore. So, let's just be honest. 

"What do you think about technology and research field in Malaysia?"

"I don't know."

"Yeah, you don't know because you got no experience in research field. You are a degree holder, not a PhD."

Agreed. 

"So, why you jumped from Science stream to Arts?"

"I was planning to stay in Science field until graduate, but I am defeated by Calculus. So... Yeah."

"Oh wow, you are honest. I like you. But in life, you can't just run away from the problem. You must face it."

"Yeah I guess so." See, people don't think Arts stream student is good enough. It's sad that people
have this mindset that whoever good in maths & science means they are genius, but whoever good in
social science, or art, language, people be like, "It's language! Everyone is good at it!"

Fuck you!

Without art, earth is just 'eh'.


"So, why you wanna work here?"

"Well, better salary."

"Okay, that is too honest, girl."

Like I said, fuck it. I ain't gonna meet them anymore. 

At 4pm while I was resting at home, I got a call from the agency. "Congratulations, you are hired!"

Okay, what?!

Tuesday, June 21, 2016

Dinner at Secret Recipe

R tak romantic. Dia kaku bab-bab perempuan. Tak tahu macam mana nak buat. Nak cakap apa-apa yang buatkan aku cair pun dia tak reti. Dia tak layan hindi movies sangat. Perempuan, mesti nak sweet-sweet. Tapi, memang mengharaplah nak sweet manja manja dengan R. Takde nye. 

Tapi semalam, masa aku tengah melangut dalam LRT, R text tanya dekat mana. Katanya ada surprise. Bulat terus mata aku. Keluar bintang-bintang macam anime 🌟🌟🌟🌟

Dia cakap, surprise tu dekat LRT Wangsa Maju. 

Bila aku sampai stesen Wangsa Maju, aku duk cari gak kot kot la ada band ke, ada hadiah besar ke, ada orang pegang bunga ke, tapi yilek. Jalan depan sikit tiba-tiba ada orang tegur...

"Sayang..."

Lerr, dia duk berdiri tersengih kat aku. Tapi aku yang al-rabun ni buat tak peduli je, kahkah. 

"Mana surprise nye?"

"I la surprise!"

Ceh. 

Surprise sangat. 

Kahkah.

Tapi, aku syukur gila dia boleh keluar awal untuk makan dengan aku. Bukan senang, nok. Kebetulan kitorang pun dah lama tak jumpa; aku kerja macam takde life. Keluar pukul 7pagi, sampai rumah dah 10malam (thank you rapidKL sebab bapak lama gila aku nak kena tunggu bas gerak). So, sometimes bila dia ajak jumpa macam ni, rasa happy melampau lah. Tehee. I am a simple girl, I see food, I smile; I see R, I smile wide!

So malam tu kitorang dinner dekat Aeon Alpha Angle. Ada Secret Recipe kat situ kan. Aku dah lama mengindam Noodle in Tom Yum diorang tu. Untuk R, aku orderkan Spaghetti Carbonara with Crispy Beef



Macam biasa, Secret Recipe tak pernah mengecewakan. Sesuai la dengan harga, sekali makan untuk dua orang dah RM50++.  Bab makan, kitorang tak berkira sangat. Gaji aku pun habis jasa buncitkan perut je. Kahkah. 

Simpan la duit tu oi, taknak kawin ke?