Saturday, December 16, 2017

Pizza Hut's Cheesy Bites

Orang yang kenal aku mesti tahu aku adalah kaki pizza (kaki pizza takpe, jangan kaki....😈). Setakat ni, aku pernah cuba pizza Domino's, Pizza Hut, Papa John, (dan paling murah, pizza AEON, lol). Canadian Pizza belum pernah try lagi. Lain-lain, aku tak tahu. Yang pizza dekat restoran western ataupun Italy, aku belum pernah order lagi. Nanti lah one day...😃

Pizza RM3.90 (Aeon Big, Wangsa Maju)

Tetap cheesy walaupun harga bawah RM5.
Yang penting, kena makan panas-panas, ok?

Hujung minggu waktu untuk aku rileks semaksimum mungkin. Terperap dalam bilik je. Kalau aku ni buah mangga, hari isnin confrim jadi jeruk HAHAHA. Entah la, maybe sebab kalau takde R, aku jadi malas nak keluar beronggeng. Ehhhhh mengada! Hahahaha! 😂

So, aku pun bukak la website Pizza Hut untuk order pizza. Senang betul sekarang ni, tak payah nak call call bagai, hehe.  

Kalau pasta di Pizza Hut, aku suka betul dengan Cream Asian Chicken Spaghetti dan Creamy Carbonara Spaghetti. Bolognese, aku kurang suka. Ni lah kelebihan Pizza Hut berbanding Domino's. Kalau tak, memang aku setia dengan Domino's je 🍕 

Pic lama, tapi Creamy Carbonara lebih kurang macam ni ler~

Untuk pizza pula, aku suka Aloha Chicken. Tapi, hari tu saje nak try Cheesy Bites. 

Cheesy Bites katanya
Bagi aku, meh. Aku kurang suka pizza nipis-nipis. 'Cheesy bites' tu pun takde la cheesy sangat, hahaha. Topping dia pun tak semenggah. Lagi sedap Aloha Chicken 😜

Maybe korang suka. Maybe korang tak suka. Ikut tekak masing-masing kan. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buayaaaaaaa 🐊 ehh tetiba hahaha