Saturday, December 16, 2017

Pizza Hut's Cheesy Bites

Orang yang kenal aku mesti tahu aku adalah kaki pizza (kaki pizza takpe, jangan kaki....😈). Setakat ni, aku pernah cuba pizza Domino's, Pizza Hut, Papa John, (dan paling murah, pizza AEON, lol). Canadian Pizza belum pernah try lagi. Lain-lain, aku tak tahu. Yang pizza dekat restoran western ataupun Italy, aku belum pernah order lagi. Nanti lah one day...😃

Pizza RM3.90 (Aeon Big, Wangsa Maju)

Tetap cheesy walaupun harga bawah RM5.
Yang penting, kena makan panas-panas, ok?

Hujung minggu waktu untuk aku rileks semaksimum mungkin. Terperap dalam bilik je. Kalau aku ni buah mangga, hari isnin confrim jadi jeruk HAHAHA. Entah la, maybe sebab kalau takde R, aku jadi malas nak keluar beronggeng. Ehhhhh mengada! Hahahaha! 😂

So, aku pun bukak la website Pizza Hut untuk order pizza. Senang betul sekarang ni, tak payah nak call call bagai, hehe.  

Kalau pasta di Pizza Hut, aku suka betul dengan Cream Asian Chicken Spaghetti dan Creamy Carbonara Spaghetti. Bolognese, aku kurang suka. Ni lah kelebihan Pizza Hut berbanding Domino's. Kalau tak, memang aku setia dengan Domino's je 🍕 

Pic lama, tapi Creamy Carbonara lebih kurang macam ni ler~

Untuk pizza pula, aku suka Aloha Chicken. Tapi, hari tu saje nak try Cheesy Bites. 

Cheesy Bites katanya
Bagi aku, meh. Aku kurang suka pizza nipis-nipis. 'Cheesy bites' tu pun takde la cheesy sangat, hahaha. Topping dia pun tak semenggah. Lagi sedap Aloha Chicken 😜

Maybe korang suka. Maybe korang tak suka. Ikut tekak masing-masing kan. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buayaaaaaaa 🐊 ehh tetiba hahaha

Wednesday, August 02, 2017

MoMo King, Sunway Putra Mall

Hari cuti R adalah hari yang aku tunggu-tunggu, sebab mamat ni hanya boleh cuti dua hari sebulan saje (kalau nak cuti lagi, boss dia potong gaji. Potong gaji ok!). So, bila cuti tu memang aku plan baik punya nak pergi mana, nak buat apa, tapi biasanya NAK MAKAN MANA la, hahaha.

So cuti minggu lepas, R teringin nak makan makanan Nepal. Ok lain macam gayanya. Tetibe nak Nepalese food pulak. Dah kenapa? Jatuh cinta dengan staff Nepal ke?

Apparently, staff seperjuangan dia (LOL) recommend makan Nepalese dumpling, dalam bahasa diorang dipanggil 'momo'. Nasib baik ada satu Nepalese restaurant, MoMo King, dekat Sunway Putra Mall (SPM). Tak jauh pun dari rumah kitorang.

Maka, jom lah kita.

Noodles tu namanya Chowmin (chicken); RM12

Deep Fried Momo (chicken); RM13.90

Ok sedap gila ok, aku tak tipu ok. Mula-mula aku skeptikal jugak la hahaha. Tapi sedap sangat ok. Lain kali nak beli lagi hahaha perancangan masa hadapan sangat.

Cuba lah!

Friday, May 26, 2017

Platinum Optical House, Platinum Walk, Danau Kota

Platinum Optical House ni kedai first aku jejak masa nak cuba cuba pakai contact lens. Time tu aku nak tukar style sebab nak pikat someone (ah, old story long story). LOL bodoh pulak bila difikirkan balik. But, positive side nye, aku belajar cara pakai contact lens. Berejam aku spend masa dekat youtube tengok tutorial pakai contact lens. Siap cara cuci bagai lagi. Skema betul rasanya. 

Tadi lagi sekali aku jejak kedai ni after 2 years tukar tukar brand. Pergi pun sebab nak redeem sample contact lens Acuvue. Dah orang bagi, kita tadah tangan tarik senyum jela. 

First time aku try pakai contact lens, shop assistant tu offer brand Clarity. Siap dia tolong pakaikan lagi ha. Dah ronggeng-ronggeng, balik hostel menangis depan cermin 2 jam tak reti nak cabut lens, kahkah. Satu kebodohan di situ. Bila dah lama pakai ni, senang je rupanya nak cabut.

Satu benda aku tabik kat kedai ni adalah layanan mereka. Dorang tersangatlah friendly, polite and professional ❤️Nak dibandingkan dengan kedai optik dalam Setapak Central, memang banyak yang kerek. Mentang-mentang muka aku tak berapa nak siap, isk. 

Kalau ikut email, dapat sepasang je contact lens free. Tapi mungkin rezeki nak masuk ramadan ni, sampai 3 pasang aku dapat! Sepasang tu yg colour colour baq hang. Memang aku peram tunggu pakai raya, kahkah! 

Sambil-sambil tu aku ngadu cakap mata aku makin tak selesa bila pakai contact lens sekarang. Solution yang diorang offer adalah, beli contact lens Clarity lagi sekali, and andai kata tetap rasa tak selesa, boleh datang tukar baru! Hoih kedai mana boleh bagi offer macam ni hoiiii, takdenye hoiiii. Terus aku bayar, tak payah fikir banyak kali dah kahkah! 

Cakap banyak tak guna, bhai. Sesiapa nak try pakai contact lens ke, nak buat spek ke, datang la sini. Lepas settle kedai ni, boleh terus makan Nasi Kak Wok, takpun Hayaki. Dua dua sedap! Haaa kau tengok, dari nak promote kedai spek, dengan kedai makan sekali masuk pakej. 

Will definitely come here again to purchase more and more contact lens (and hoping for more free sample kuakua).

Sunday, April 02, 2017

Toowoomba, PV128

Sebenarnya, dari bulan puasa tahun lepas kitorang plan nak buka puasa kat Toowoomba. Duk nampak buffet dimsum diorang tu buatkan aku meronta-ronta nak pergi. Tapi, hari yang dijanjikan tu, aku sampai Setapak lambat. Tak sempat pulak ha. Sudahnya kitorang buka puasa makan cheese naan dekat RSMY. Biasa-biasa je ha, cheese je banyak. Benda lain takde beza mana pun. Kedai lain pun boleh je kau request cheese banyak-banyak kalau dah dia nak caj mahal-mahal 😏

Ni cheese naan.
Sedap berlemak sesuai la kalau nak tambah selapis lagi lapisan perut kau.

Aku dah lupa pun pasal Toowoomba sampai la minggu lepas, hari R cuti. Seharian tidur je mangkuk ni. Nasib la kan, sebulan 2 kali je cuti. Majikan Malaysia memang layan foreigner macam mesin. Eh tetibe nak emo, kahkah! So, lepas aku keluar office je, terus dia whatsapp ajak pergi Toowoomba. Nak makan lamb chop katanya. Hmm aku layankan je. Malas nak fikir banyak. Bukan senang nak tengok dia buat keputusan makan dekat mana. Selalunya, aku jela yang perah otak perah keringat fikir nak makan dekat mana. Standard masalah rakyat Malaysia la tak tahu nak makan mana. Kahkah!

Aku order chicken chop & mango juice. R pulak order lamb chop & air milo. Apa la, pergi kafe minum milo. Baik minum mamak je. Eh cakap orang pulak, kahkah!

Bagi aku, rasa dia biasa-biasa je. Mango "juice" tu memang menyakitkan hati. Aku boleh dapat juice fresh yang sedap dekat Pak Punjab Restaurant (dekat Maju Junction tu) dengan harga lebih murah, okay! *p/s: ayam tandoori Pak Punjab sedap sangat! 

Portion untuk chicken chop agak besar. R dah tarik muka bila aku tak habis makan. Yela, orang lain tengah kebuluran, aku pecah perut makan banyak sangat. Aduhai. Tapi nak buat macam mana kan. 

R suka lamb chop diorang ni. Syukurrrr. Bukan senang nak puaskan napsu mamat ni. Dan dan la masakan negara dia je helok. Hek eleh. This is Malaysia la! Tapi, untuk datang buat kali kedua ke sini, aku rasa tak kot. Harga untuk dua orang makan, RM65 kalau tak silap aku hari tu. Quite pricey kalau nak dibandingkan dengan Jombali (eh, jombali lagi!).

Next, makan mana pulak ek?

Friday, January 20, 2017

Cloves Dining, PV128

Jangan kacau lelaki ketika;
1) dia tengah main game
2) dia tengah tengok bola
3) dia tengah lepak dengan kawan


*something like this

Ya tuhan, ni post paling gampang aku pernah baca.

Lelaki, dah tahu tak boleh bagi komitmen dengan girlfriend sendiri, yang kau gatal telur nak bercinta dah kenapa? Moron!

Aku bernasib baik R takde perangai pelik-pelik; nak lepak la, nak main game la, nak futsal la. Takde. Dulu je dia gila main kriket sampai dah kecundang belajar. Now, bila datang Malaysia dengan niat nak kerja, dia lupakan semua benda bodoh dan fokus kerja je.

Tapi yang jadi problem sekarang, dia kerja dari pukul 10pagi sampai 10malam. Sampai rumah dah pukul 11 lebih, aku pun dah tidur dah. Cuti? Dua kali sebulan, weekdays. So, masa untuk kitorang keluar dating macam couple lain memang terbatas. Walaupun tinggal satu blok, nak selisih pun payah gila! Memang sometimes aku merajuk, tapi aku rasa okay la kot, sebab at least aku tahu dia bukan busy merendek dengan pompuan lain *pujuk diri

Semalam, R mintak keluar awal. Saje nak keluar makan dengan aku katanya. Nasib baik bos dia bagi. 

So, disebabkan keluar awal pun dah pukul 9malam, nak ajak pergi jauh-jauh sikit memang tak boleh la jawabnya. So, pergi jela dekat-dekat. Mula-mula aku nak makan nasik arab, so gigih la kami pergi restoran arab ni. Bila dah sampai, aduhai, aku tak tahu lah diorang bukak ke tak. Ada lelaki duk sisha je ramai-ramai. Terkebil-kebil, so R tarik aku ajak pergi tempat lain. 

And then, aku teringat ada satu cafe dekat bangunan sama. Aku pernah tergoda tengok pic kat facebook page cafe ni. So, aku ajak (read: paksa) R makan kat situ walaupun dia dah merenyam nak makan cheese naan yang meleleh-leleh tu. 

Cloves Dining, PV128





Sebelum ni, R tak boleh makan ikan. Hanyir katanya. Tapi, lepas dia cuba Mozarella Baked Fish masa makan kat Secret Recipe hari tu, dia cakap ikan ni sedap. Dah dia makan ikan mahal, memang la sedap. Cuba makan ikan kembong ke selayang ke, cicah lobster sauce? Tarik muka aku duk rasa. 

Time pilih menu, aku duk assume dia nak makan lamb shoulder, dah kata lama tak makan, tup tup dia nak ikan lagi sekali. So dia makan Fish and Chips (RM15.90) Aku pulak, Fettuccine Carbonara (RM15.90). Bila difikirkan balik, aku pilih makanan simple macam tak boleh masak sendiri. Carbonara ni bukan susah sangat nak masak. Beli sos prego tu ha, masak la kaedah campak-campak. Settle lah. Tapi, jenis otak tak boleh fikir panjang, macam ni lah.



So.....

Cafe?    💛💛💛💛
Rasa?    💛💛💛💛
Harga?  💛💛💛

Tapi still tak boleh lawan Jombali. Kitorang peminat tegar kot. R sedih sebab tepung kat ikan tu banyak sangat LOL. Makan jelah, jangan banyak bunyi sangat. Lempang kang. As for me, fettuccine tu best je, okay dengan tekak aku. 

Mana lagi ek tempat best and murah?