Saturday, May 26, 2018

Buka puasa di Fish & Co, Setapak Central

Salam Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Bulan puasa adalah bulan makan-makan...  K, honest gila. Mari cuba semula.

Bulan puasa adalah bulan untuk kita mendidik diri bersikap sabar, menahan nafsu dan memahami dugaan orang yang kurang berkemampuan.

Soooooo, adakah bulan puasa korang berjalan lancar?

Adakah korang mampu menahan nafsu makan? 😂

Kali ni kitorang pilih untuk buka puasa di Setapak Central. Aku dah lama nak makan dekat Fish & Co, tapi selalu tak sempat, or selalu terpilih restoran lain.

Seingat aku, dulu aku pernah sekali makan dekat FnC ni. Time birthday kawan aku. Tapi zaman tu aku tak pernah try ikan mahal-mahal ni, so aku skeptikal sikit sebab aku memang tak makan ikan kecuali ikan bilis 😂

Now sebab dah pernah makan fish n chip, so boleh la cuba makan sekali dekat sini. Tapi yang problem nye, bila tengok menu, aku rasa nak makan seafood platter Sneak Preview tu.

🔥

Masalahnya, dalam platter tu takde ikan-- menu yang aku nakkkkk sangat.

So, kita tukar plan, ambik promo A Sedap Feast for Two. RM65.95 untuk dua orang makan. Eh aci la tu kan.



Air, sup, fish n chips and add on paella rice

Puas hati!

Teramat kenyang.

Next time, aku memang akan makan Sneak Preview tu. Kau saba jap ✋

Thursday, May 10, 2018

Manhattan Fish Market, Sunway Putra Mall

Siapa yang dah layak mengundi?

Pergi mengundi tak?

Aku memang openly penyokong BN.

Nampaknya kali ni BN kalah 😢

Sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan.

Berbekalkan rasa berat di hati, aku melangkah jugak ke Sunway Putra Mall sebab bf aku ajak makan. Sedih, sedih la. Makan tetap makan hahaha.

Hampir 20 minit fikir nak makan mana (sebab plan asal nak makan dekat Fish n Co), aku pilih Manhattan Fish Market (MFM). Dulu-dulu kalau lalu depan MFM ni dekat Wangsa Walk Mall, butohhhh bau dia haram aku tak tahan. Memang tak pernah teringin nak makan sini.

Ni nasib baik takde bau apa-apa.

Sebagai seorang lelaki typical, bf aku tak banyak bunyi. Lagipun, aku tengah sedih ni 😛

Top: Manhattan Fish 'N Chips
Bottom: Fishy Chicky Bang Bang
Fish n chip... well, apa kau nak expect. Ianya sejenis hidangan ikan dan fries. Tu je la. Itu je level bf aku, tak boleh fikir jauh sikit hahaha.

And since aku ni tamak, tak cukup setakat makan ikan, aku merge dua item: ikan + ayam tambah lagi telur. Ha. Biar puas hati. Ini adalah menu meraikan kemenangan BN sebagai pembangkang negara yang chill dan zero provocation, lol.

Bertabahlah DSN!