Wednesday, January 31, 2018

Caffe Roma, Quill City Mall

Quill City Mall (QCM) adalah antara mall yang kiorang selalu pergi selain dari Sunway Putra Mall (SPM). Kenapa? Sebab dekat dengan tempat kerja R. Dia jalan kaki je dah sampai hahaha. Untuk orang yang takde kereta macam aku, naik monorail pun boleh sampai. Senang, kan? 🏬🚉

QCM ni besar gedabak, tapi banyak kedai dah tutup. Perihal kenapa kedai tutup, aku tak tahu sangat lah. Ekonomi merudum ke, sebab sekarang business online tengah mencanak maju ke, apa ke, tu aku tak reti nak ulas. QCM ni pun baru je tahun lepas aku jejak. Sebelum ni duk main Wangsa Walk dengan Setapak Central je. 

Hari tu kitorang plan nak lunch dekat luar (yela, nak harapkan aku masak memang tak la kan), so gigih lah aku survey survey nak makan apa. Harapkan R, dia ajak makan chapati je. Eh langsung tak berkembang. Kalau makan chapati, kau masak la sendiri. Jiiiimat! 

So, macam biasa, ke QCM lah kita.

Bila dah sampai QCM, berjalan la kitorang mencari-cari tempat makan yang belum pernah try. Hari tu dah makan dekat food court QCM, takkan hari ni nak makan sana jugak. Something else lah pulak, kan? Kitorang survey menu Tappers, Hadramot Village (tak nak lah, nasi sikit HAHAHA!), Secret Recipe (eh boring lah asyik SR je), ... eh ternampak pulak Boost Juice Bar. Beli jus dulu sebab R tak pernah try. Aku pulak pernah la try sekali dekat Maju Junction tu. Promoter tu suggest Mango Magic, aku pun angguk je la. Kali ni pun sama jugak. Promoter suggest All Berry Bang and R pun malas fikir banyak, terus cakap ok. 

Dua kali beli, dua kali mata aku keluar bintang-bintang macam dalam anime tu hahaha. Sedap sangat! 🌟✨

Jalan depan sikit kitorang nampak Caffe Roma. Tengok menu, belek-belek, tengok harga berpatutan ke tak... Ternampak pulak gambar ayam penyet, eh dan dan la aku mengidam ayam penyet. Padahal ayam penyet ni macam makan nasi bujang dengan ayam goreng, tahu goreng, tempe. Dah tu je. Tapi, ini lah namanya perut melayu. 



Untuk R, aku spot lamb chop. Dia nampak je lamb chop terus angguk kepala haha senang betul nak feed jejaka Pakistan ni 😁


Overall, okay je makan sini. R puji lamb chop sangat sedap. Harga makanan aku lupa, tapi total dua orang makan below RM50.



Masa kitorang datang makan tu, takde orang pun. Weekdays kan. Ada la few foreigners datang masuk kafe ni tanya ada jual beer ke tak, hahaha. Yela, dah nama kafe pun ala-ala Itali, hahah.

Ok, next?

Saturday, January 27, 2018

KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks

Masa zaman muda mudi belia 4B trang tang tang dulu, nak makan KFC setahun sekali je deq non. Abah kena gigih-gigih pergi Kota Bharu, naik motor beli barang-barang dekat Mydin lepas tu singgah KFC beli satu bucket untuk anak-anak. Eh sayu pulak rasanya bila teringatkan kemain susah nak makan KFC dulu.

Sekarang? KFC dah ada kat Tumpat. Dah tak payah tunggu setahun sekali untuk makan. Sekarang ni kira KFC tu affordable la. Kalau dulu, lawatan sambil belajar mesti la masuk KFC lol. Sekarang, bila adik aku dapat straight A exam, aku cakap nak belanja KFC, dia cakap, "tak nak KFC, aku nak duit cash." Ehhhhhhhh demand!

Aku dekat KL pun makan KFC sebulan dua tiga kali. Selalunya weekend la bila aku malas nak keluar beli makanan. Terus delivery je deq. Order online je sekarang. Eh hari tu pun untuk family dekat kampung, aku order online, bayar siap-siap, lepas tu suruh abah aku pickup dekat KFC. Senang gila hidup sekarang (nak suruh guna KFC delivery tapi alamat kat kampung kan, faham faham la lol). 

Macam biasa, bila masuk musim perayaan (Chinese New Year), mesti ada menu baru keluar. Kali ni, meh try the new KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks. Amboi golden golden bagai 💛



Rasa dia, entah la, aku takde la nak kata amayyyyzing. Kalau rasa rempah-rempah gini, aku suka A&W. Ayam KFC Spicy lagi sedap la kot. Hahaha entah la, lain tekak lain rasa lain selera 😉

TAPI!

Cheezy Golden Sticks tu memang lazat. Padan la harga 3 batang RM10+, eh kalau tak sedap memang aku hamun HAHAHA 


Pizza Hut pun ada keluarkan menu sempena Chinese New Year (Cheese Sang Cheesy Bites Pizza), tapi sebab aku pernah try Cheesy Bites tu, so aku malas nak try. Nampak macam sama je 😝