Saturday, January 27, 2018

KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks

Masa zaman muda mudi belia 4B trang tang tang dulu, nak makan KFC setahun sekali je deq non. Abah kena gigih-gigih pergi Kota Bharu, naik motor beli barang-barang dekat Mydin lepas tu singgah KFC beli satu bucket untuk anak-anak. Eh sayu pulak rasanya bila teringatkan kemain susah nak makan KFC dulu.

Sekarang? KFC dah ada kat Tumpat. Dah tak payah tunggu setahun sekali untuk makan. Sekarang ni kira KFC tu affordable la. Kalau dulu, lawatan sambil belajar mesti la masuk KFC lol. Sekarang, bila adik aku dapat straight A exam, aku cakap nak belanja KFC, dia cakap, "tak nak KFC, aku nak duit cash." Ehhhhhhhh demand!

Aku dekat KL pun makan KFC sebulan dua tiga kali. Selalunya weekend la bila aku malas nak keluar beli makanan. Terus delivery je deq. Order online je sekarang. Eh hari tu pun untuk family dekat kampung, aku order online, bayar siap-siap, lepas tu suruh abah aku pickup dekat KFC. Senang gila hidup sekarang (nak suruh guna KFC delivery tapi alamat kat kampung kan, faham faham la lol). 

Macam biasa, bila masuk musim perayaan (Chinese New Year), mesti ada menu baru keluar. Kali ni, meh try the new KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks. Amboi golden golden bagai 💛



Rasa dia, entah la, aku takde la nak kata amayyyyzing. Kalau rasa rempah-rempah gini, aku suka A&W. Ayam KFC Spicy lagi sedap la kot. Hahaha entah la, lain tekak lain rasa lain selera 😉

TAPI!

Cheezy Golden Sticks tu memang lazat. Padan la harga 3 batang RM10+, eh kalau tak sedap memang aku hamun HAHAHA 


Pizza Hut pun ada keluarkan menu sempena Chinese New Year (Cheese Sang Cheesy Bites Pizza), tapi sebab aku pernah try Cheesy Bites tu, so aku malas nak try. Nampak macam sama je 😝

No comments: