Wednesday, February 14, 2018

UberEATS Food Delivery - Humble Chef, Publika

Aku tak tahu la apa suwey nya kerja dekat bangunan yang cafe ada sebijik je, lauk pulak cepat habis and takde pilihan, padahal bangunan gah yakmat. Dari jauh tu nampak lain dari yang lain. Kafe luar bangunan pun ada sebijik, tapi tender kafe  bertukar-tukar sebab katanya tak dapat untung. Pulakkk...πŸ˜‘

Mall paling dekat dengan office aku adalah Publika. Tapi dah satu hal pulak aku nak book Grab/Uber, ulang alik bagai, ehhhhh sebagai perempuan berbontot besar, koser lah!πŸ’

Nasib baik ada apps UberEATS! UberEATS adalah platform penghantaran makanan. Amboih tu dia bahasa brochure mana aku copy nih? kakaka. Makna kata, kau order menu dari phone kau je la. Tap tap tap, tunggu delivery man hantar makanan. Senang 😎 
Siapa dah try? Apa pendapat korang tentang perkhidmatan ni?

For me, okay je. Senang nak guna. Cuma sekarang, diorang tak accept cash lagi. So lunch hari ni,  settle guna credit card. Bagus, makan pun berhutang HAHAHA kejis. 

Aku survey survey harga, jumpa spaghetti murah gila RM7.42 from Humble Chef, Publika. Ok, tak pernah lagi aku makan spaghetti tara ni murah nya. Apa lagi? Order terus! Kebetulan... Haaaa aku suka kebetulan. Kebetulan Humble Chef ada jual Creme Brulee, and aku pulak dah lama mengidam teruk, so, order dessert sekali. Cheeeehoooo!πŸ’ƒ



Review aku tentang spaghetti and creme brulee ni? Well, creme brulee tu sedap lah, cuma sendu la sikit bila gula kat atas takde, lols. Takpe, aku paham. Tapi creme brulee ni, part gula yang di-caramelized tu yang sedap πŸ˜‹

Spaghetti? Untuk harga RM7, can't complain lah jawabnya, hahaha. Makan je la. Kenyang la jugak walaupun sikit lagi nak mecok (nak rebel lol) πŸ˜‚


Nah resit, kot korang tak percaya, hahaha

Aku order dekat-dekat pukul 1pm. Around 1.30pm, makanan dah pun sampai, sedia untuk disantap. Dia hantar sampai depan pintu office ok. Nasib baik tak masuk sampai meja aku kekeke.

Delivery charge? RM5. Tapi disebabkan aku cheapskate yang suka Google voucher code (lols), aku dapat free delivery πŸ˜‰

UberEATS ni senang la untuk warga malas bergerak macam aku. Yela, pesen nak besarkan bontot duduk je kat meja, hahaha. Tapi, buat masa sekarang, hanya available di Lembah Klang sahaja.

Siapa nak cuba? Download apps UberEATS (klik). Nah kod promosi untuk dapatkan diskaun RM5! eats-cikw2ue

EnjoyyyyyyπŸ’ƒ

No comments: