Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman surgery - cyst di pipi & wisdom teeth removal

Sebelum ni, aku dah cerita yang cyst di pipi tu doktor dah sedut keluar. But since selaput dia masih ada, cyst tu naik balik.

So, aku pergi lagi jumpa doktor. Aku mengadu sakit, tak tahan. Malam-malam nak tidur, cyst berdenyut celaka macam orang tengah berzina pun ada. Aku mintak nak operate cepat-cepat, dah tak tahan, dong!

Doktor cakap dia akan cabut gigi yang infected tu melalui surgery. "Kita bagi you selesa sikit, so you tidur je sepanjang pembedahan." General anaesthesia kata orang putih. Aku request sekali nak cabut wisdom teeth yang 4 batang kiri kanan atas bawah. Total, 5 batang gigi woih. Dah alang-alang nak sakit kan. Puas aku Google cerita pengalaman cabut wisdom teeth ni. Semua cakap lepas bius hilang rasa sakit ngilu. Fuhhhh. Tak tahu la aku macam mana nanti. 

Sebelum operate, kena pergi jumpa pakar bius dulu. Mula-mula, doktor cadang nak buat surgery balik hari -- lepas operate, balik rumah. Gituh. Tapi, bila jumpa pakar bius, timbang berat, check darah bagai, aku tak layak untuk surgery balik hari tu. Sebab apa? BMI aku. Aku ni terlebih berat. Pakar bius cakap, kalau orang overweight, kena stay hospital. Takut jadi apa-apa. Pengsan ke, susah nanti.


Sehari sebelum pembedahan

So, macam biasa, daftar dulu, jumpa doktor. Kali ni, doktor snap pic area yg bengkak tu. Tak tahu la nak buat apa. Takpelah. Mana la tahu bermanfaat untuk tunjuk kat bakal-bakal doktor nanti. 

Pergi daftar wad pulak. Dapat wad kelas pertama satu bilik dua orang. Tepi katil aku, makcik tua nak operate mata. Baik makcik ni. Sepanjang masa, cucu duk teman. Kang waktu melawat, datang ahli keluarga pulak. Aku? Sekor-sekor keras kejung kat wad. Family jauh. R kerja tak boleh cuti. Nasib lah. 

Dia tegur tanya takda siapa datang teman? Aku geleng jelah. 

"Beraninya duk sorang-sorang."

"Bukan berani, TERPAKSA berani."

Sedih jugak sebab aku expect R datang lawat, tapi non-hado.

Sehari sebelum surgery dah kena admit wad dah. Yela, nak kena rest betul-betul, nak monitor  Pakar bius datang, tanya khabar, check apa yang patut. 

"You tahu kesan lepas surgery?"

"Apparently, nanti tekak I rasa perit sebab tiub pernafasan dimasukkan. Maybe rasa loya, or sakit kepala or something."

"Yup. So far so good. See you tomorrow at operation theatre."

Berdebor!

Hari pertama berlalu macam tu je. Tukar baju siap-siap. Doktor datang buat "rounds", bersama segerombolan doktor muda. Check sikit, cakap sikit. Nurse datang check tekanan darah. Bla bla bla. 

Pagi esok nak operate, so malam ni kena start puasa, tak boleh minum pun takut muntah.


Hari pembedahan.

Sebelum pembedahan.

Jeng jeng jeng!

Pukul 7 pagi, makcik tepi aku dah diusung pergi bilik pembedahan. Aku tunggu je. Pukul 10 pagi macam tu turn aku pulak. 

Sebelum operate, doktor bedah datang dengan surat consent, sign sign, tanya sikit, tolak masuk bilik lagi sekali. Baju dah tertanggal, sejuk ketor la jugak. Nasib baik selimut tebal. Wayar-wayar yang menghubungi alat-alat pengawasan berkomputer dipasang. Aku pun tak tahu apa yang dipakaikan. Yang aku tahu yang monitor blood pressure tu. Pastu, doktor pakaikan topeng oksigen or something. Tiba-tiba je dah tak sedar apa-apa. 

Selepas pembedahan.

Masa doktor (ke nurse?) kejutkan aku, dah pukul 2pm dah time tu. Tekak dah perit bukan main. Aku mintak air, depa tak bagi, takut muntah. Mintak air lagi, tak bagi jugak. Aduhai, give up. Kapas dalam mulut rasa basah. Darah banyak la kot. 

Doktor cakap ada 3 cyst di pipi. Dua diorang memang dah dapat detect awal. Lagi 1, nampak time operate. Diorang operate dari dalam mulut, so takde scar pun kat pipi. 

Tolak masuk bilik balik, pakai baju balik. Makcik tepi katil cepat-cepat datang kat aku. Merengek kejap aku, hihi, nak bermanja konon. Dia discharge petang tu. Byebye makcik dari Pahang!

Aku cakap kat nurse, nak air sikit. Nurse ragu-ragu nak bagi, tapi dah tengok muka seposen tu, dia bagi jugak, hahah. Kapas berbakul dia bagi sebab takut bleeding teruk. 

Lepas surgery tu memang duk ulang alik pergi sink je. Tak selesa, dik non. Gauze bertepek kat pipi lagi, tebal bukan main. Katanya nak kurangkan bengkak. 

Makanan yang dihidangkan pun tak mampu nak makan. Kemain pilih spaghetti bagai, kahkah. Last-last tukar bubur je. Tu pun takde selera nak makan, tapi kena makan jugak taut takde energy. Nurse ni tak tengok ke body aku? Aku rasa cukup untuk 2 tahun kot energy dalam body aku ni. 

Hari first jelah bleeding teruk. Second day dah rileks dah. Tapi, muka start bengkak. Kira hari ketiga di HKL, aku pun discharge. R (after some drama) mai HKL nak teman aku balik rumah. Dapat le MC seminggu. Nanti kena datang lagi sebab doktor nak pantau. 

Rasa cacat kejap gigi tak penuh dalam mulut. Tapi overall, aku puas hati dengan pihak HKL. Semuanya professional dan friendly. Nurse datang tegur ramah, check bp, check temperature. Ada sorang male nurse (murse?) siap tanya, "Nak saya potongkan ubat ni?" sebab ubat tu quite panjang. 

Serious aku cakap, HKL memang terbaik. Aku suka datang sini. Kalau boleh nak stay lama-lama sebab memang selesa gila!

1 comment:

en.john said...

perghh mcm mne tu berdenyut mcm berzina? haha