Friday, November 04, 2016

Ketulan di pipi & pengalaman di klinik pembedahan plastik, HKL

Hampir setahun jugak lah ada ketulan di pipi tak surut-surut. Tak tahu problem apa. Bila dah habis study, balik kampung, rasa sakit tu makin berdenyut-denyut.

Since bengkak tu buatkan gigi aku sakit, aku fikir problem kat gigi la. So, berulang-alik ler aku pergi klinik gigi.

Tapi still tak surut. 

Aku pergi klinik, MA kerling sekejap pastu bagi ubat selsema, antibiotik, dan panadol.

Urm....

Surut tapi still rasa bengkak. Bengkak yang buatkan pipi aku keras. Macam tulang pun ada. 

Pergi lagi klinik. Ada rezeki jumpa seorang doktor yang betul-betul check aku. Dia tekan pipi aku, tekan dahi. Dia suruh ambik x-ray.

Tak nampak apa-apa. 

Aiyoooo. 

Nak give up, tapi sakit. 

Doktor ni refer aku ke pakar, tapi sebab tarikh appointment aku lambat lagi, aku pergi KL untuk interview. Lepas tu aku terlepas appointment kuikui tak guna betul. 

Bila aku start kerja kat KL, aku pergi klinik panel company aku. Doktor perempuan Punjabi. Aku suka cara dia. Dia jenis ramah. "Yes girl, what's the problem?" Sembang sat, dia cakap mungkin ada kaitan dengan resdung. Since when pulak aku ada resdung?

This time, doktor suruh aku pergi HKL. Siap bagi refer letter lagi.

Aku takde masa. Weekday kerja sampai malam. Weekend nak rehat je. Aku tak pergi ler, LOL. Sakit tu makin kuat terasa. Kadang-kadang berdenyut-denyut. Aku pergi lagi sekali klinik panel tu. 

"Girl, I've told you to go to HKL. Why you didn't listen?"

Ha, ambik kau. Kan dah kena marah. 

Tapi aku ni jenis keras kepala, so aku tak pergi jugak kahkah. 

Sampai la Ogos hari tu. 

Balik interview dekat agensi kerajaan tu, aku pergi klinik panel yang lain. Doktor tu tekan pipi aku then dia cakap, "Okay, I bagi ubat dulu. Kalau tak surut jugak, you datang lagi sekali and I will write a letter to HKL. Scan dekat sana."

"Mahal tak doktor?" Ni memang concern aku dari dulu, sebab aku bukan orang berduit. 

"Kalau di HKL, Najib la bayar." Sengih. 

Ha'ah ek! 

Untungnya jadi rakyat Malaysia. Kemudahan perubatan agak murah. 

Aku pergi HKL. Mula-mula pergi klinik outpatient tu. First time pergi, doktor bagi lagi antibiotik. Second time pergi, doktor suruh ambik darah. Darah putih aku tinggi, katanya. So dia bagi lagi antibiotik. 

Tak surut jugak!

Third time, aku mengadu kat doktor. "This is my third time datang sini, doc. Tak tahan dah."

Doktor tu angguk then refer aku ke pakar bahagian pembedahan plastik. 

"Aiyo, kena operate ke? Mahal tak doktor?"

"HKL free je."

Lagi sekali rasa nak sujud syukur. Betapa untungnya jadi rakyat Malaysia. Tu pun ada yang merungut kena tunggu lama la, doktor tak pandai la. 

Bodoh! Tak reti bersyukur! Kufur nikmat! 

Okay, dah dah. Jangan bengang-bengang. Soooo, jom pergi jumpa pakar!



Klinik Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif, Kompleks Pakar dan Rawatan Harian, HKL

(Correct me if I am wrong. Rasanya dah betul dah nama klinik ni)


Gigih aku menapak ke sini sebab after 3 times menapak kat klinik rawatan luar, doktor  refer aku ke sini pulak. Since aku fikir department ni tak ramai orang, aku melenggang kangkung siap pergi makan nasik kukus lagi. 

Masuk je dalam kompleks ni, walawei, lawa nye bangunan ni! 

Aku pergi tingkat enam. 

Ha kau, orang beratur sampai ke luar. Apa ni ramai-ramai nak buat plastic surgery ni?

Bila dah masuk dalam, daftar semua, aku perhati ramai yang datang adalah dari kalangan orang baru lepas accident dan bayi yang bibir dia sumbing. 

Kalau aku tak datang, aku tak tahu. Banyak department dalam kompleks pakar ni. Orang berpusu-pusu masuk keluar. 

Aku tunggu sekejap then nombor aku naik. 

Dalam bilik, ada empat meja. Crowded baq hang. First time aku tengok bilik macam ni. Selalunya satu bilik satu doktor je. Dalam tu ada la 5,6 orang doktor. 

So macam biasa, history taking. Semua soalan doktor aku jawab je without rasa annoyed. They need to know everything so they can help me out. 

Aku pun cakap masalah aku. Kali ni, aku dah bawak x-ray nak tunjuk kat doktor. Doktor ni tengok kejap then dia panggil doktor sorang lagi. Boss dia la kot. Hensem. hikhikhik.

"Boleh bukak tudung you, kita tengok bengkak dari mana."

Sure, no problem. Aku bukak tudung tak cakap banyak. Certain golongan taknak la bukak tudung depan doktor, aurat la, malu la. Macam-macam hal. Depan doktor malu, hantar naked pic kat boyfriend tak malu pulak! Poyo!

"Okay, I am sorry but I have to put my finger inside your mouth." No problemo. Doktor sebelah pun dah start intai aku. Tengok aku dengan muka concern. Interesting case kot. 

Taik lah kau nak berangan doktor tak pernah jumpa kes bengkak di pipi. 

Doktor kacak tu check dengan gentle okay, and constantly apologizing. Pergh, siapa la sebar fitnah doktor ni rude and tak buat kerja?

Doktor cakap problem aku ni ada kaitan dengan gigi. Aku cakap aku dah pernah jumpa doktor gigi tapi doktor cakap semua okay. 

"Maybe peralatan dekat sana tak sebagus di HKL. Tak apa, you pergi dulu and tengok apa doktor cakap. If bukan problem dengan gigi, then datang sini balik."

Macam biasa, bersambung!

No comments: