Saturday, May 26, 2018

Buka puasa di Fish & Co, Setapak Central

Salam Ramadan, bulan penuh keberkatan.

Bulan puasa adalah bulan makan-makan...  K, honest gila. Mari cuba semula.

Bulan puasa adalah bulan untuk kita mendidik diri bersikap sabar, menahan nafsu dan memahami dugaan orang yang kurang berkemampuan.

Soooooo, adakah bulan puasa korang berjalan lancar?

Adakah korang mampu menahan nafsu makan? πŸ˜‚

Kali ni kitorang pilih untuk buka puasa di Setapak Central. Aku dah lama nak makan dekat Fish & Co, tapi selalu tak sempat, or selalu terpilih restoran lain.

Seingat aku, dulu aku pernah sekali makan dekat FnC ni. Time birthday kawan aku. Tapi zaman tu aku tak pernah try ikan mahal-mahal ni, so aku skeptikal sikit sebab aku memang tak makan ikan kecuali ikan bilis πŸ˜‚

Now sebab dah pernah makan fish n chip, so boleh la cuba makan sekali dekat sini. Tapi yang problem nye, bila tengok menu, aku rasa nak makan seafood platter Sneak Preview tu.

πŸ”₯

Masalahnya, dalam platter tu takde ikan-- menu yang aku nakkkkk sangat.

So, kita tukar plan, ambik promo A Sedap Feast for Two. RM65.95 untuk dua orang makan. Eh aci la tu kan.



Air, sup, fish n chips and add on paella rice

Puas hati!

Teramat kenyang.

Next time, aku memang akan makan Sneak Preview tu. Kau saba jap ✋

Thursday, May 10, 2018

Manhattan Fish Market, Sunway Putra Mall

Siapa yang dah layak mengundi?

Pergi mengundi tak?

Aku memang openly penyokong BN.

Nampaknya kali ni BN kalah 😒

Sedih memang sedih, tapi hidup perlu diteruskan.

Berbekalkan rasa berat di hati, aku melangkah jugak ke Sunway Putra Mall sebab bf aku ajak makan. Sedih, sedih la. Makan tetap makan hahaha.

Hampir 20 minit fikir nak makan mana (sebab plan asal nak makan dekat Fish n Co), aku pilih Manhattan Fish Market (MFM). Dulu-dulu kalau lalu depan MFM ni dekat Wangsa Walk Mall, butohhhh bau dia haram aku tak tahan. Memang tak pernah teringin nak makan sini.

Ni nasib baik takde bau apa-apa.

Sebagai seorang lelaki typical, bf aku tak banyak bunyi. Lagipun, aku tengah sedih ni πŸ˜›

Top: Manhattan Fish 'N Chips
Bottom: Fishy Chicky Bang Bang
Fish n chip... well, apa kau nak expect. Ianya sejenis hidangan ikan dan fries. Tu je la. Itu je level bf aku, tak boleh fikir jauh sikit hahaha.

And since aku ni tamak, tak cukup setakat makan ikan, aku merge dua item: ikan + ayam tambah lagi telur. Ha. Biar puas hati. Ini adalah menu meraikan kemenangan BN sebagai pembangkang negara yang chill dan zero provocation, lol.

Bertabahlah DSN!

Thursday, March 08, 2018

Pizza Hut lagi?

Seketul moti dan pizza memang takkan boleh dipisahkan.

Pizza yang aku paling suka adalah dari store Domino's. Sos Garlic-butter (atau nama lainnya top secret) tersangatlah sedap-- tapi kalau kau order top secret sauce pair dengan extreme edge crust (yang jenis ada cheese dalam crust tu), jawabnya muak ok. MUAK. Aku dah pernah try, aku tak mampu habiskan hatta dua slice. And if you DO know me, aku bukan perempuan yang makan setakat dua slice je. Bitch, it's pizza. Kena makan satu kotak sampai kenyang menyandar baru kau rasa kepuasan tu.

Anyways, pizza store sekarang dah pelbagaikan menu diorang. Kalau Domino's tu dah ada roasted chicken la, lava cake la, pasta segala. Sama jugak dengan Pizza Hut.

Kawasan rumah aku sewa sekarang tersangat la strategik. Pizza Hut sampai dua. Domino's pun ada. KFC pun. Tapi McD, kena pergi jauh sikit. And since hari tu dah plan nak jumpa dengan buah hati pengarang jantung gua, Mota, kitorang pun menapak la ke Pizza Hut, lol. Pemalas gila, dating pun depan rumah je hahaha.

Prawn Olio
Kali ni aku menyerah kalah sebab nampak pasta lagi sedap. Ah, kalau nak pizza pun, order je yang take away lima hengget. Tak payah pening kepala.

Chicken Salami Olio

Nasib baik bf aku faham aku kaki dessert. Makanya, mari order dessert. 

Butter Pan-Toast Sundae

Chocolate Brownie Indulgence

Lepas tu tak habis sebab kenyang. Dasar goblok. 

Jangan tiru aksi ini.

Wednesday, February 14, 2018

UberEATS Food Delivery - Humble Chef, Publika

Aku tak tahu la apa suwey nya kerja dekat bangunan yang cafe ada sebijik je, lauk pulak cepat habis and takde pilihan, padahal bangunan gah yakmat. Dari jauh tu nampak lain dari yang lain. Kafe luar bangunan pun ada sebijik, tapi tender kafe  bertukar-tukar sebab katanya tak dapat untung. Pulakkk...πŸ˜‘

Mall paling dekat dengan office aku adalah Publika. Tapi dah satu hal pulak aku nak book Grab/Uber, ulang alik bagai, ehhhhh sebagai perempuan berbontot besar, koser lah!πŸ’

Nasib baik ada apps UberEATS! UberEATS adalah platform penghantaran makanan. Amboih tu dia bahasa brochure mana aku copy nih? kakaka. Makna kata, kau order menu dari phone kau je la. Tap tap tap, tunggu delivery man hantar makanan. Senang 😎 
Siapa dah try? Apa pendapat korang tentang perkhidmatan ni?

For me, okay je. Senang nak guna. Cuma sekarang, diorang tak accept cash lagi. So lunch hari ni,  settle guna credit card. Bagus, makan pun berhutang HAHAHA kejis. 

Aku survey survey harga, jumpa spaghetti murah gila RM7.42 from Humble Chef, Publika. Ok, tak pernah lagi aku makan spaghetti tara ni murah nya. Apa lagi? Order terus! Kebetulan... Haaaa aku suka kebetulan. Kebetulan Humble Chef ada jual Creme Brulee, and aku pulak dah lama mengidam teruk, so, order dessert sekali. Cheeeehoooo!πŸ’ƒ



Review aku tentang spaghetti and creme brulee ni? Well, creme brulee tu sedap lah, cuma sendu la sikit bila gula kat atas takde, lols. Takpe, aku paham. Tapi creme brulee ni, part gula yang di-caramelized tu yang sedap πŸ˜‹

Spaghetti? Untuk harga RM7, can't complain lah jawabnya, hahaha. Makan je la. Kenyang la jugak walaupun sikit lagi nak mecok (nak rebel lol) πŸ˜‚


Nah resit, kot korang tak percaya, hahaha

Aku order dekat-dekat pukul 1pm. Around 1.30pm, makanan dah pun sampai, sedia untuk disantap. Dia hantar sampai depan pintu office ok. Nasib baik tak masuk sampai meja aku kekeke.

Delivery charge? RM5. Tapi disebabkan aku cheapskate yang suka Google voucher code (lols), aku dapat free delivery πŸ˜‰

UberEATS ni senang la untuk warga malas bergerak macam aku. Yela, pesen nak besarkan bontot duduk je kat meja, hahaha. Tapi, buat masa sekarang, hanya available di Lembah Klang sahaja.

Siapa nak cuba? Download apps UberEATS (klik). Nah kod promosi untuk dapatkan diskaun RM5! eats-cikw2ue

EnjoyyyyyyπŸ’ƒ

Saturday, February 03, 2018

Salon Du Chocolat, Quill City Mall + Fave Review

R pernah cakap, dia nak ajak aku makan satu tempat yang akan buatkan aku mokhsha hingga ke langit ke-7. Ehh over dia ni taw! R mati-mati tak nak bagitahu dekat mana nak bawak aku makan nanti, konon nak surprise gitu. Hek eleh, apa daaa. Sooner or later aku akan tahu jugak sebab kitorang ni takde kereta. Ke hulu ke hilir naik public transport. Entah-entah aku yg booking Grab/Uber nanti. Tolong la πŸ’
.
.
.
.
.
.

Dah masuk 2018, R still tak bawak aku pergi makan tempat special itu, kahkahkah. Setelah digoda (baca: didesak) Rupa-rupanya dia nak ajak aku makan dekat Dip N Dip. Lerr, ingatkan mana la... Okay tak apa. Yang penting, niat 😜

Hari tu R cuti. Dari asal-asal nak relaks je, kitorang plan keluar makan. Nak harap aku masak, kang kari ayam jadi sambal ayam. And R memang tak percaya sangat dengan masakan aku hahaha kurang ajar πŸ˜‚

So tak apa. Aku ajak dia pergi makan dekat Quill City Mall (QCM). Dia okay je. Ikut je. Tak banyak songeh langsung. Alang-alang nak pergi makan sana, aku Google dulu cafe/restoran dalam QCM tu. Terus ternampak Salon Du Chocolat. Ehhhh macam menarik πŸ˜‹

Google lagi, aku nampak voucher Fave. Beli voucher RM28, dapat cash voucher RM40. Kira diskaun RM12. Aci la kot. Terus aku roger R. Walaupun dia kurang makan manis, dengar je dapat diskaun, eh terus laju dia angguk kepala. Dah, settle masalah. 

Aku pernah cerita, QCM ni macam hidup tak hidup je. Sama la dengan Salon Du Chocolat ni. Tersorok. Takde orang pun. Termenung je dua orang pelayan tu, terkebil-kebil tengok dinding. 

Takpe lah, at least cepat sikit aku dapat makan, kakaka.

Kitorang order tiga menu: Chocolate Waffle Half Moon, Crunchy, Pizza Waffle.

Crunchy: Lapisan aiskrim, rice crispies, and coklat

Pizza Waffle: 1/4 Waffle taruk cream cheese and buah (sebab R suka buah!)

Chocolate Waffle Half Moon: Half waffle dengan coklat

Okay, overall untuk orang yg suka coklat, aku memang jatuh cinta lah. Tapi, dia punya muak tu macam tak nak dah makan coklat untuk setahun kahkah. First time aku makan tak habis, ok. Rasa macam, aduh, what's wrong with me?! KahkahkahπŸ˜…



Total dalam RM67. Tolak voucher RM40 so kena bayar lagi RM27. Nampak je macam, ehhhh RM27 je? Padahal, awal-awal lagi dah bayar RM28 dekat Fave tu. So, tolak tambah darab bahagi, kitorang just save RM12 je, hahahah πŸ’

Ok lah, pengalaman yang sangat manis. Ni pun first time aku guna Fave. Nak tahu jugak macam mana procedure dia. Tu je. Senang je sebenarnya. Bila dah purchase, pergi dekat tempat yg kau nak redeem, cakap kat staff. Dah. Settle ✌

Next time aku nak try beli voucher untuk slimming centre pulak HAHAHAHAH

Wednesday, January 31, 2018

Caffe Roma, Quill City Mall

Quill City Mall (QCM) adalah antara mall yang kiorang selalu pergi selain dari Sunway Putra Mall (SPM). Kenapa? Sebab dekat dengan tempat kerja R. Dia jalan kaki je dah sampai hahaha. Untuk orang yang takde kereta macam aku, naik monorail pun boleh sampai. Senang, kan? πŸ¬πŸš‰

QCM ni besar gedabak, tapi banyak kedai dah tutup. Perihal kenapa kedai tutup, aku tak tahu sangat lah. Ekonomi merudum ke, sebab sekarang business online tengah mencanak maju ke, apa ke, tu aku tak reti nak ulas. QCM ni pun baru je tahun lepas aku jejak. Sebelum ni duk main Wangsa Walk dengan Setapak Central je. 

Hari tu kitorang plan nak lunch dekat luar (yela, nak harapkan aku masak memang tak la kan), so gigih lah aku survey survey nak makan apa. Harapkan R, dia ajak makan chapati je. Eh langsung tak berkembang. Kalau makan chapati, kau masak la sendiri. Jiiiimat! 

So, macam biasa, ke QCM lah kita.

Bila dah sampai QCM, berjalan la kitorang mencari-cari tempat makan yang belum pernah try. Hari tu dah makan dekat food court QCM, takkan hari ni nak makan sana jugak. Something else lah pulak, kan? Kitorang survey menu Tappers, Hadramot Village (tak nak lah, nasi sikit HAHAHA!), Secret Recipe (eh boring lah asyik SR je), ... eh ternampak pulak Boost Juice Bar. Beli jus dulu sebab R tak pernah try. Aku pulak pernah la try sekali dekat Maju Junction tu. Promoter tu suggest Mango Magic, aku pun angguk je la. Kali ni pun sama jugak. Promoter suggest All Berry Bang and R pun malas fikir banyak, terus cakap ok. 

Dua kali beli, dua kali mata aku keluar bintang-bintang macam dalam anime tu hahaha. Sedap sangat! 🌟✨

Jalan depan sikit kitorang nampak Caffe Roma. Tengok menu, belek-belek, tengok harga berpatutan ke tak... Ternampak pulak gambar ayam penyet, eh dan dan la aku mengidam ayam penyet. Padahal ayam penyet ni macam makan nasi bujang dengan ayam goreng, tahu goreng, tempe. Dah tu je. Tapi, ini lah namanya perut melayu. 



Untuk R, aku spot lamb chop. Dia nampak je lamb chop terus angguk kepala haha senang betul nak feed jejaka Pakistan ni 😁


Overall, okay je makan sini. R puji lamb chop sangat sedap. Harga makanan aku lupa, tapi total dua orang makan below RM50.



Masa kitorang datang makan tu, takde orang pun. Weekdays kan. Ada la few foreigners datang masuk kafe ni tanya ada jual beer ke tak, hahaha. Yela, dah nama kafe pun ala-ala Itali, hahah.

Ok, next?

Saturday, January 27, 2018

KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks

Masa zaman muda mudi belia 4B trang tang tang dulu, nak makan KFC setahun sekali je deq non. Abah kena gigih-gigih pergi Kota Bharu, naik motor beli barang-barang dekat Mydin lepas tu singgah KFC beli satu bucket untuk anak-anak. Eh sayu pulak rasanya bila teringatkan kemain susah nak makan KFC dulu.

Sekarang? KFC dah ada kat Tumpat. Dah tak payah tunggu setahun sekali untuk makan. Sekarang ni kira KFC tu affordable la. Kalau dulu, lawatan sambil belajar mesti la masuk KFC lol. Sekarang, bila adik aku dapat straight A exam, aku cakap nak belanja KFC, dia cakap, "tak nak KFC, aku nak duit cash." Ehhhhhhhh demand!

Aku dekat KL pun makan KFC sebulan dua tiga kali. Selalunya weekend la bila aku malas nak keluar beli makanan. Terus delivery je deq. Order online je sekarang. Eh hari tu pun untuk family dekat kampung, aku order online, bayar siap-siap, lepas tu suruh abah aku pickup dekat KFC. Senang gila hidup sekarang (nak suruh guna KFC delivery tapi alamat kat kampung kan, faham faham la lol). 

Macam biasa, bila masuk musim perayaan (Chinese New Year), mesti ada menu baru keluar. Kali ni, meh try the new KFC Golden Egg Crunch & Cheezy Golden Sticks. Amboi golden golden bagai πŸ’›



Rasa dia, entah la, aku takde la nak kata amayyyyzing. Kalau rasa rempah-rempah gini, aku suka A&W. Ayam KFC Spicy lagi sedap la kot. Hahaha entah la, lain tekak lain rasa lain selera πŸ˜‰

TAPI!

Cheezy Golden Sticks tu memang lazat. Padan la harga 3 batang RM10+, eh kalau tak sedap memang aku hamun HAHAHA 


Pizza Hut pun ada keluarkan menu sempena Chinese New Year (Cheese Sang Cheesy Bites Pizza), tapi sebab aku pernah try Cheesy Bites tu, so aku malas nak try. Nampak macam sama je 😝